Tuesday, 5 September 2017

BAB 2: MERANCANG KERJA PEROBOHAN DAN PENGUBAHSUAIAN


2.1 Kenal Pasti Lokasi Untuk Kerja Perobohan & Penambahan

Peninjauan ke atas kawasan dan struktur binaan yang akan dirobohkan adalah merupakan satu keperluan. Kajian dan pemeriksaan ke atas bangunan dan struktur mestilah dibuat sebelum kerja perobohan dilakukan. Keadaan sambungan dan hubungan dengan bangunan atau struktur berdekatan yang akan memberikan kesan kepada perobohan yang dilakukan. Oleh itu ianya harus diberikan perhatian termasuklah dinding sesekat.

Struktur bangunan yang perlu dibuat peninjauan adalah:

  • Bumbung - perlu dirobohkan terlebih dahulu dengan tangan jika bumbungnya berangka
  • Kerangka utama - pemeriksaan samada perobohan yang dirancang tidak akan menyebabkan daya tujuan yang tidak seimbang akan berlaku
  • Dinding - ketebalan dan keadaan dinding yang hendak dikekalkan perlulah diketahui
*Perkara-perkara yang bersangkut dengan kemudahan atau perkhidmatan dalam bangunan juga perlu diberi perhatian supaya tidak menggangu atau menimbulkan masalah. Selain itu, kemudahan-kemudahan seperti longkang, kabel elektrik, paip induk dan paip perkhidmatan perlu ditutup, dilindungi atau dialihkan sebelum kerja-kerja perobohan dilakukan.

2.2 Kenal Pasti Kawasan Setempat

Sebelum kerja perobohan dilakukan, kawasan setempat perlu dikenalpasti melalui pelan lokasi. Ini adalah untuk memudahkan kerja perobohan dilakukan kerana terdapat aspek yang perlu diberikan perhatian utama iaitu aspek keselamatan dan aspek kesihatan penduduk setempat. Selain itu, terdapat beberapa perkara yang mesti diambil kira semasa kerja perobohan iaitu:
  • Kedudukan TapakUntuk bangunan yang terasing perlu dirobohkan sepenuhnya, jarak bangunan dengan sempadan kawasan yang berhampiran mestilah sekurang-kurangnya dua kali ketinggian bangunan yang dipanggil bangunan tapak. Bagi bangunan yang tidak mencapai had ini dipanggil kawasan terkurung.
  • Jenis Struktur
    Jenis struktur adalah struktur-struktur yang mempunyai kerangka utama. Contohnya bangunan dua tingkat. 
  • Jenis Pembinaan
    Bahan-bahan dan cara pembinaan sesuatu struktur contohnya tembok bata, konkrit tuang dahulu serta struktur keluli

2.3 Merancang Kerja Perobohan & Penambahan

Terdapat dua jenis perobohan yang boleh dilakukan iaitu:
  • Perobohan Separa - merobohkan bahagian - bahagian tertentu struktur bangunan sahaja
  • Perobohan Penuh - merobohkan keseluruhan struktur bangunan
Sebelum perlaksanaan kerja perobohan dilakukan, pemilihan kaedah perobohan perlu ditetapkan. Pemilihan kaedah perobohan haruslah mengambil kira saiz, kekuatan dan kedudukan struktur untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang awam. 

Terdapat beberapa jenis kaedah perobohan bangunan:
  • Insani
  • Alatan Jentera
  • Bahan Letupan

Kaedah Insani (Dengan Tangan)
  • Kaedah perobohan yang dilakukan secara berperingkat dengan mengunakan alat tangan. Alatan mengankut seperti kren diperlukan untuk mengangkat dan menurunkan bahagian-bahagian yang telah dipecahkan. Bahagian-bahagian bagunan yang dipecahkan (diceraikan) akan dirobohkan secara setingkat demi setingkat.  Bahagian yang telah diceraikan boleh dibuang terus dari bagunan jika kawasan perobohan jenis bangunan pada tapak. Jarak minima dengan sempadan mestilah lebih daripada 6000mm atau separuh dari ketinggian dimana bahagian tersebut dibuang (ambil mana yang lebih besar). 
  • Untuk kawasan terkurung, bahagian yang telah diceraikan  akan diturunkan dengan mengunakan kren atau hoist. Sebagai langkah keselamatan, jaring-jaring akan digantung dari atas bangunan untuk mengelakkan serpihan-serpihan perobohan berterbangan. 
  • Perobohan insani biasa digunakan untuk merobohkan bangunan yang tidak mempunyai rangka utama yang diperbuat dari konkrit dan konkrit tetulang. Bagi bangunan yang mempunyai rangka utama, kaedah perobohan lain digunakan.
  • Keburukan kaedah perobohan ini adalah kos operasinya mahal dan masa yang lambat. 
Alatan Jentera
  • Jentera yang digunakan adalah:

    • Pusher Arm - Alatan ini dapat merobohkan secara bahagian demi bahagian. Mesin ini dipasang dengan lengan keluli yang mengeluarkan daya tujahan mendatar. Sebelum dimulakan kerja perobohan, jentera ini diletakkan pada tapak yang kukuh supaya dapat menanggung daya balikan tujahan. Kawasan kendalian jentera ini mestilah tidak kurang dari 6000mm. Ketinggian binaan yang dapat dirobohkan oleh jentera ini iaitu dari ketinggian 0.6m. Sekiranya lebih, kaedah insani akan dilakukan. 

    • Kren dan Bebola - Perobohan mengunakan kren dan bebola adalah secara berperingkat. Kaedah ini mengunakan bebola besi yang digantungkan pada kren. Bebola ini dijatuhkan dari hujung kren ke binaan yang hendak dirobohkan. Satu lagi cara ialah dengan menghayunkan lengan kren bersama-sama bebola lalu dilagakan kepada binaan. Perobohan cara ini tidak boleh digunakan pada bangunan yang lebih daripada 30m tinggi kerana susah untuk mengawal puing (sampah sarap) perobohan yang berterbangan. Jika perobohan separa dilakukan, perobohan secara insani dilakukan dahulu bagi memisahkan bahagian bangunan yang perlu dirobohkan dengan bangunan yang perlu dikekalkan. Perobohan ini lebih murah dan cepat. Keburukannya adalah tidak sesuai bagi bangunan kawasan terkurung.

    • Tarikan Mengunakan Kabel Perobohan Jenis Serentak - Perobohan ini adalah perobohan jenis serentak. Kabel mestilah diikat atau dilekatkan dengan kuat pada kedua-dua hujung dan daya tarikan yang dikenakan ditingkatkan perlahan-lahan. Tuli atau kenderaan berat digunakan sebagai penarik dan kedudukannya tidak berganjak dari kedudukan asal. Jika setelah beberapa kali tarikan, struktur binaan masih tidak roboh maka perobohan cara lain mestilah digunakan.Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang sesuai digunakan untuk kerja perobohan tersebut. Ukur lilit kabel mestilah tidak kurang dari 38mm. Kaedah ini tidak sesuai untuk bangunan atau struktur yang besar.

    • Pemecah Hidraulik - Perobohan ini adalah jenis bahagian. Lubang-lubang yang bergaris pusat 75mm perlu ditebok untuk memasukkan alat pemecah hidraulik. Alat pemecah hidraulik ini mempunyai selinder keluli yang dipanggil katrij dengan beberapa piston pada tengah-tengah batangnya. Piston-piston ini akan ditolak keluar dan masuk oleh minyak hidraulik dengan tekanan hidraulik yang disambungkan kepada silender tersebut. Katrij pemecah hidraulik ini dimasukkan kedalam lubang pada bahagian yang hendak dirobohkan. Apabila ianya dijalankan piston-piston yang terdapat pada katrij tersebut akan melemahkan struktur binaan dan akan merobohkannya. Kelebihan mengunakan alatan ini ialah kos operasinya murah dan tidak mengunakan bunyi yang bising. Keburukannya ialah perobohannya lambat kerana dilakukan dari lubang ke lubang dan tidak sesuai untuk konkrit tetulang. 
Kaedah Letupan

Teknik perobohan mengunakan bahan letupan amat berkesan jika cara-cara lain tidak sesuai disebabkan bunyi bising yang berpanjangan, peralatan dan bahan yang mahal serta tidak bersesuaian mengunakan jentera berat di kawasan perobohan. Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah nitro glcerine dan amonia nitrate. Bahan letupan akan diletakkan di dalam struktur uama pada tempah yang lemah dan diletupkan. Ini akan menyebabkan struktur roboh. Kajian yang mendalam ke atas struktur utama bangunan adalah perlu untuk mengenalpasti kedudukan bahagian yang  paling lemah. Tempat-tempat inilah yang akan diletupkan supaya melemahkan struktur-struktur penyokong bangunan tersebut. Perobohan ini perlulah dilakukan oleh seorang yang pakar dalam bidang letupan. Kelebihan mengunakan kaedah ini adalah tenaga pekerja yang sedikit dan harga bahan yang digunakan murah. Selain itu, gegeran akibat letupan boleh dianggap tiada kerana hanya beberapa minit sahaja. 

  • Thermic Lance
    Perobohan ini dilakukan secara bahagian demi bahagian. Ianya amat sesuai untuk blok konkrit yang besar, tebal dan bertetulang besi yang banyak. Alatannya mengandungi tiub keluli dan rod besi. Gas yang digunakan adalah dari jenis asetilena dan oxygen yang terbakar akan mencair keluar dan ini akan membuat lubang atau memutuskan blok tersebut. Untuk memotong keluli pula gas oksiatitena digunakan. Keburukannya kaedah ini adalah bahan letupan yang digunakan mahal. Ianya hanya sesuai untuk konkrit bertetulang yang besinya banyak. Ia menghasilkan asap yang banyak akibat bahan-bahan yang terbakar. 

Share:

0 comments:

Post a Comment