Monday, 4 September 2017

BAB 1 : DEFINASI KERJA PEROBOHAN

1.1 Maksud Kerja Perobohan

Demolition  bermaksud menarik atau meruntuhkan bangunan. Kerja perobohan juga ialah kemahiran yang tinggi untuk meruntuhkan sesuatu harta benda. Kerja perobohan merupakan aktivit yang merbahaya. Kerja perobohan mestilah dijalankan atau diawasi oleh seseorang yang mahir dalam bidang perobohan. Sebelum kerja perobohan dilakukan, bahan atau peralatan yang berharga seperti perkakasan, pepasang keluli, kerangka tingkap, pintu dan peralatan yang terdapat di dalam bangunan perlu dipindahkan dahulu ke tempat yang selamat.

Perobohan haruslah dilaksanakan dengan cara yang betul dan tidak menjejaskan kestabilan struktur dan struktur bersebelahan kerana ia mungkin menyebabkan bangunan tersebut roboh tanpa dirancang. Kerja perobohan di kawasan awam hendaklah dilakukan di luar waktu puncak dan tidak menjejaskan keselamatan orang awam. Kerja perobohan tidak boleh dilakukan di waktu cuaca buruk, angin kencang atau ribut yang boleh menyebabkan struktur roboh.

Tujuan kerja perobohan dilakukan adalah :
  • Bangunan lama yang tidak selamat diduduki
  • Kawasan bangunan yang sedia ada akan didirikan bangunan baru/projek prasarana
  • Bangunan yang telah dibina tidak mengikut ketetapan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
  • Bangunan yang telah dibina secara haram @ tanpa kelulusan dari pihak tertentu

Tujuan lain bagi kerja perobohan ialah :
  • Nilai-nilai estetika
  • Kesihatan orang awam
  • Pembaikan atau pengubahsuaian bagunan
  • Masalah struktur bangunan
  • Lalulintas
Deconstruction bermaksud teknik perobohan yang bermula dari atas dan berakhir di bawah struktur. Struktur akan dirobohkan bagi tujuan kitar semula. Manakala, perobohan separa bagi kerja-kerja pengubahsuaian akan mengunakan kaedah guna tangan (insani) atau mekanikal.

Kerja-kerja pengubahsuaian dan pengalihan memerlukan pengetahuan dalam pembinaan dan rekabentuk bangunan. Kerja pengubahsuaian perlu ditentukan oleh ahli-ahli utama bangunan dan dinding menanggung beban-beban untuk mengelakkan perobohan tidak diingini. Peralatan untuk mengubah dan mengalihkan bangunan penyungkil besi dan tukul besi. Keduan alatan ini digunakan dalam kaedah insani.


1.2 Perlaksanaan Kerja Berdasarkan Pelan Bangunan

Berikut merupakan contoh pelan bagi kerja pengubahsuaian rumah :






Share:

0 comments:

Post a Comment